Assalamualaikum..
Belum terlewat lagi untuk aku ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Tahun Baru 2014'. Moga tahun ini akan menjadi lebih cemerlang buat diri ku dan temanku semua.
Selepas balik dari Sg. Petani tuh weols telah plan untuk bercuti² plak ke PD. Jadi jom layan aktiviti percutian weols sekeluarga.
24 Disember 2013 (Selasa)
Gerak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi dan pergi jemput Kak Nyah sekali. Tempat percutian ini telah dibooking oleh Sham. Weols akan tinggal di Seri Bulan Condo, Port Dickson. Sampai di PD, singgah di Teluk Kemang sementara menunggu yang lain plak sampai. Masa ini sedang berlangsung Karnival PD. Banyak laa gerai² yang berniaga macam².
Dalam pukul 3 petang weols check-in. Pas tuh menjamu selera yang dibawa oleh Angah. Dia masakkan makanan nasi putih, daging masak kari, sayur campur, telur asin dan sambal belacan. Berselera masing² makan. Dah siap makan, budak² siap laa plak nak turun mandi kolam. Aku turun jugak tapi tak laa mandi cuma tengok budak² ni mandi lepas tuh pergi pantai sambil menikmati keindahan petang.
Esoknya plak pepagi tolong Angah dan Kak Yong buat sarapan.. Sarapan weols ada nasi lemak, cucur bilis, sandwich tuna dan air teh / kopi. Lepas tuh turun ke kolam laa.. dan ke pantai. Petangnya weols ke Teluk Kemang, adalah shopping sikit baju TShirt. Pas tuh singgah beli Coconut Shake. Sebelah malamnya weols ada BBQ sampai laa pukul 11 malam.
Esoknya lepas sarapan.. siap² pack barang.. dan weols check out dalam pukul 12 tengahari. Singgah lagi kat Teluk Kemang layan budak² main aktiviti yang ada kat situ. Singgah di Restoren Haji Samuri, layan makan sate. Lepas makan dia orang semua singgah kat umah aku dan balik lepas Maghrib.
Terima kasih diucapkan pada Angah, Sham, Kak Yong Kak Yang, Zaid dan Ninie yang menjayakan program cuti² keluarga ini.
Ini keadaan dalam bilik tido kondo yang weols sewa.. tak pasti plak
berapa hengget.. sebab weols tong²
Ruang tamu dan dapur.. peti ais yang telah uzur.. Angah bawa barang²
dan pinggan sendiri.. tak guna yang kondo punya..
Budak² laa yang paling suka bila dapat mandi..
Bapak budak pun seronok gak..hehehe
Posing² tepi laut..dengan Kak Yong
Posing plak ngan Angah..
Kat depan condo ini ada tapak untuk orang nak berkhemah
Gembiranyaa.. dia orang nie..
Bergambar..kenangan..di tepi kolam..
Mizan bergambar dengan Acu dan Tok Su nya..
Ini sarapan pagi weols.. ada nasi lemak, sambal sardin,
sandwich tuna, cucur bilis..
Seronoknya dapat mandi manda di laut..
Sedapnya coconut shake..nyum²
Orang kuat yang membakar ayam BBQ
Thumbs up..
Tu dia.. ada ayam, sosej, isi ketam, udang..
Me and hubby..
Di tepi pantai yang indahh...
Weols sekeluarga..
Layan budak² kayuh basikal baring..
Bergambar kenangan di PD
Seronok betul budak² layan benda nie
Sebelum balik singgah makan satay kajang Hj Samuri..kenyang nye perut..
No comments:
Post a Comment